Baca dan Download Novel Aku Bukan Ustazah PDF Full Bab Gratis, Sesungguhnya Cinta dan Hidayah Hanya Milik Allah SWT
--
Di situlah bermula episod kehidupannya bersama dengan rakan-rakan yang berbeza pegangan hingga dia hampir terjerumus ke lubang noda yang dia gali sendiri. Dia mencipta dirinya sebagai ‘Miya’ manakala ‘Aminah’ ditinggalkan semakin jauh.
Baca juga: Contoh Puisi Perpisahan Kelas 6 Penuh Makna, Mengabadikan Momen Melalui Syair yang Indah!
Adam dan Omar. Dua pemuda yang berbeza cara hidup cuba merebut kasih sang niqabis. Adam merupakan pemilik sebuah kelab malam, hidupnya penuh dengan noda manakala Omar seorang doktor perubatan lulusan universiti di Mesir dan sangat menjaga agamanya.
Antara dua, hanya seorang yang Aminah paling dekat namun sering dia menafikan perasaannya itu. Mana mungkin syaitan bersatu dengan bidadari syurga?
“I cuma rasa Omar je yang boleh bimbing you. Takkan syaitan nak membimbing orang masuk ke syurga?”- Adam
Baca juga: Link Nonton Streaming Kelas Bintang 2024 Gratis Gak Perlu Login No Ads, Full HD No Sensor Tanpa Gangguan!
“You bukan Tuhan pun nak tentukan lelaki mana yang sesuai untuk I. Dan you tak akan tahu siapa yang lebih sesuai dengan I.”- Aminah
Aminah mula dilabel sebagai penunggang agama ketika niatnya ingin membawa sahabat baiknya mengenal Tuhan disalahertikan.
“You ustazah hipokrit! You sembunyikan semua kejahatan you di dalam pakaian ustazah!”